Sinopsis Isu
Hasil kajian ‘Gengsterisme di sekolah menengah harian’ oleh Bahagian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan amat membimbangkan. Angka 459 daripada 1560 sekolah menengah harian sebagai berisiko tinggi, iaitu terdedah kepada pelbagai masalah gengsterisme. Di antaranya termasuklah salah laku yang serius seperti peras ugut, salah guna dadah, mencabul kehormatan, pelacuran, mencuri ,berjudi menceroboh dan membawa senjata.
Pada keseluruhannya tahap gengsterisme di kalangan pelajar masih boleh dikawal sekiranya tindakan tegas secara bersepadu dilaksanakan. Masalah gengsterisme bukan masalah pelajar sahaja tetapi juga masalah masyarakat dan perlu ditangani oleh semua pihak termasuk ibu bapa. Berikutan dengan hasil kajian itu, usaha bersepadu perlu dilaksanakan segera untuk menghapuskan sama sekali masalah samseng dari terus menular.Ia mesti dilakukan secara serius dan berkekalan kerana memberi kesan kepada keharmonian persekolahan kepada semua warga sekolah.
Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan sebuah pasukan bertindak bagi merangka strategi menangani ini dengan segera. Di samping itu cadangan beberapa pihak lain seperti polis dan pihak berkuasa tempatan perlu diambil kira.Kita harap dengan berbuat demikian barulah tindakan pada peringkat sekolah lebih berkesan, menyeluruh dan seragam. Salah satu sebab kenapa semakin ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak mereka bersekolah di sekolah aliran perdana adalah kerana masalah disiplin, terutamanya berkaitan gengsterisme.Mereka berminat menghantar anak ke sekolah aliran agama yang pada tanggapan lebih selamat.Mereka dikatakan tidak banyak terbabit dalam kancah masalah sosial.
Para guru terutamanya guru besar juga mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha menangani gejala buruk ini.Mereka seharusnya tidak menyembunyikan kegiatan gengsterissme dan samseng di kalangan pelajarnya.Sekolah-sekolah yang terbabit dengan masalah gengsterisme diminta memberikan kerjasama penuh kepada polis. Kesimpulanya,kita perlu mencipta formula baru bagi membendung virus disiplin yang semakin membimbangkan. Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama tanpa saling menuduh antara satu sama lain.
Disiplin pelajar dari perspektif Teori Struktural – Fungsional
Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan tahap disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan dan norma-norma kebudayaan.

Definisi dan konsep Teori Fungsionalisme
Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Para ahli fungsionalisme selalu menyatakan bahawa setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-tujuan dan keperluan-keperluan tersendiri.
Teori ini menekankan kepentingan persefahaman setiap ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsional, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.Teori ini akan mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi.Kemudian mereka akan menilai sejauh manakah perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat.Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus. Maksud konsesus ialah manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikkanya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.
Fungsi nyata ialah seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu memberi pengajaran.Manakala fungsi tidak nyata ialah bermaksud tidak dirancang. Di mana pada waktu rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengsisi masa itu dengan berfaedah.
Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan sosial.Misalnya dalam masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya. Oleh itu masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.

Faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah disiplin
.1)Institusi Keluarga
Ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukan teladan yang baik kepada anak- anak. Ini menyebabkan anak-anak teriku-ikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa mereka . Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah,anak-anak berasa tidak aman dan cuba mencari jalan keluar dari masalah ini.Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama raakan sebaya untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan.Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan anak-anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks membeli belah.
James Becker mengatakan ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebakan anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.
Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.Pengaruh rakan
sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar,lebih-lebih lagi
mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga.
Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekola sebagai sesuatu yang
remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang
akan mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah
mematuhinya.Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan
pergaduhan.
3)Pihak Sekolah
Sekolah adalah rumah kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik
yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah.Tugas guru semakin mencabar dalam
era globalisasi. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’
kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar.
Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam
pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran
belajar dan mata pelajaran pilihan. ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut.
Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak
puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan.Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.

4) Pengaruh Media massa dan Siber
Media massa dapat di kategori kepada dua jenis iaitu media cetak dan media
elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini.
Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai
adegan dan perlakuan negatif yang ditayang dalam pelbagai media.Mereka ingin
tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga
menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan
melayari internet.Dengan wujudnya cyber cafe telah memudahkan para pelajar
mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa.
Cadangan & Kesimpulan
Sudah sekian lama masalah sosial menular di kawasan sekolah dan melanda kebanyakkan pelajar kita. Sama ada disedari atau tidak kebanyakkan masalah yang melanda masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud disekeliling kita.dengan publisiti meluas di dalam media massa, masalah sosial di kalangan pelajar sebenarnya sudah berada pada tahap yang mencemaskan.
Salah siapa gejala ini wujud? Ada setengah pihak yang dengan cepat menunding jari kepada para guru.Memang benar ada segelintir guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional. Tetapi bilangan guru seperti ini adalah kecil. Tentulah tidak adil menunding jari hanya hanya kepada guru sebagai faktor utama merebaknya masalah ini di sekolah.Ini seandainya kita megambil kira masa murid bersama guru hanya kira-kira enam jam sehari.Masa selebihnya termasuk hari sabtu,ahad dan cuti umum, anak-anak tersebut adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa penjaga. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa kawalan. Malangnya ramai ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama anak terhad. Atas alasan perlu bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu bapa yang cuai mendidik anak-anak. Jika guru yang tidak bertanggungjawab boleh dihukum mengikut peraturan yang sedia ada.Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu bapa yang cuai, lepas tangan dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak sihat. Ibu bapa seperti inilah sebenarnya faktor utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.
Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini. Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa mengira kaum dan kelas sosial perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin yang semakin serius dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah untuk kebaikan semua pihak.
0 comments:
Post a Comment