:: Budaya dalam Pendidikan ::
 
sayacikguhafiz.blogspot.com

Radio dan TV Online

Friday, January 28, 2011

:: Budaya dalam Pendidikan ::

NILAI-NILAI BUDAYA DALAM PENDIDIKAN

 Definisi Budaya

Budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan yang menggambarkan cara hidup seharian.
Menurut Tylor ( 1871 ) yang mengatakan  budaya sebagai
“keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat”
( Penteorian sosiologi dan pendidikan ; 2002 :192 )

Dalam bahasa Arab kebudayaan disebut ‘thaqafah’ manakala dalam bahasa Mandarin pula disebut ‘Wen Hua’ . Dalam konteks sosiologi, makna bagi kebudayaan adalah luas, iaitu merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri dan bukan tiruan. Kebudayaan bukannya dihasilkan oleh faktor baka. Proses mempelajari kebudayaan ini dinamakan sosialisasi. Ahli sosiologi menyatakan kebudayaan terdiri daripada semua hasil yang dikongsi bersama oleh masyarakat atau berlaku dalam satu kelompok. Tanpa kebudayaan sesuatu kelompok masyarakat itu tidak boleh hidup.

Menurut pandangan Shipman (1975 ) ialah ,
           
Culture defines the relation between the individual, as actor ,
            to other actors and the situation that they are in.
                                                            ( Sosiologi sekolah dan pendidikan ; 1998: 55 )


Budaya juga boleh dikatakan sebagai perasaan, warisan sosial manusia, cara pemikiran dan juga aksi-aksi yang diperturunkan dari generasi ke generasi merangkumi budaya material dan bukan material. Budaya material ini boleh dikatakan wujud dalam bentuk maujud atau artifek fizikal seperti pakaian, komputer, bangunan sekolah dan sebagainya. Manakala bagi budaya bukan material pula merupakan ciptaan abstrak seperti norma, kepercayaan, nilai, adat serta adab dan sebagainya.

Budaya dalam pendidikan (sekolah)

Terdapat dua jenis budaya, iaitu budaya formal dan budaya informal. Kedua-dua bentuk budaya formal dan informal ini berasaskan kepercayaan tentang sekolah dan mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, bagaimana susunan bilik darjah, dari segi apa yang perlu diajar,  kaedah yang paling baik untuk diajar dan sebagainya.

Budaya formal sekolah:

Budaya formal dicerminkan oleh matlamat rasmi sekolah yang menumpu kepada aspek akademik dan tingkah laku. Perkara ini dimanifestasi melalui jadual waktu, kurikulum, saiz dan ruang serta susunan bilik darjah. Ianya adalah sesuatu perkara yang telah dirancang. Contohnya seperti aktiviti kokurikulum, kegiatan kokurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelab sosial dan unit beruniform yang telah dibentuk secara formal.
Menurut T. Parsons ( 1951 ) ;
“Terdapat tiga corak budaya sekolah iaitu budaya instrumental, budaya ekspresif dan budaya moral. Budaya instrumental berkaitan dengan matlamat sekolah pada masa akan datang khasnya untuk menumpukan kepada orientasi peperiksaan Budaya ekspresif menumpukan kepada kegiatan kepuasan dan nilai-nilai afektif, kesenian, muzik dan kegiatan kreatif. Budaya moral bermaksud menyatu padukan kumpulan menerusi perkongsian idea yang sama.”
(pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan ; 1998 :57 )

Budaya sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:

Pada umumnya budaya formal sekolah di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti:


Budaya formal sekolah yang berkesan
Untuk mencari budaya formal sekolah yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat adalah susah. Terdapat beberapa garis panduan untuk mewujudkan budaya formal sekolah yang berkesan iaitu dari aspek fizikal, budaya ilmu, pentadbiran dan sosial.

Budaya informal sekolah.
Budaya informal pula  dibentuk oleh subbudaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibubapa dan dipengaruhi oleh status ekonomi sosial, jantina dan lain-lain.
Antara sub budaya sekolah yang amat mempengaruhi sesebuah sekolah ialah sub budaya pelajar dan sub budaya guru.

Sub budaya pelajar.
Sub budaya pelajar ini banyak dipengaruhi oleh faktor seperti jantina, status ekonomi sosial, proses pengaliran dan budaya formal secara keseluruhan. Tiga aspek budaya pelajar yang perlu diketahui iaitu pro budaya sekolah, antara budaya sekolah dan budaya remaja dan anti budaya sekolah.
  1. Pro budaya sekolah
Budaya pelajar boleh dirujuk dari segi peranan dan sifat-sifat yang ditunjukkan oleh pelajar. Peranan dan sifat-sifat pelajar ini sama apabila berada di sekolah ataupun diluar sekolah ataupun dirumah. Sekiranya  pelajar itu seorang yang rajin membantu ibubapa nya dirumah, pelajar tersebut akan terbawa dengan sifat rajin tersebut apabila berada disekolah. Ini mewujudkan jalinan atau kerjasama antara nilai-nilai budaya dirumah dan nilai nilai di sekolah dan akhirnya matlamat sekolah akan tercapai.
  1. Antara budaya sekolah dan budaya remaja
Pelajar yang berada dalam golongan budaya sekolah dan budaya remaja ini masih lagi mengikuti budaya sekolah tetapi dalam masa yang sama mereka juga menghayati nilai-nilai atau perasaan sebagai seorang remaja. Pelajar ini dengan kata lain mempunyai sub budaya mereka tersendiri. Walaupun pelajar dalam golongan ini sering berpakaian mengikut trend masa kini, sering bersosial dengan teman-teman tetapi mereka masih lagi mementingkan pencapaian akademik untuk masa depan mereka.
  1. Anti budaya sekolah
Manakala bagi pelajar yang berada dalam golongan ini meraka sering dipengaruhi oleh status ekonomi sosial pelajar dan ada yang disebabkan oleh faktor pelajar yang bekerja sambil belajar dan juga faktor jantina. Golongan ini sering menimbulkan masalah kepada guru dan juga pihak sekolah kerana golongan ini mempunyai budaya mereka tersendiri.

Sub budaya guru
Sekiranya dilihat pada masa dulu dan kini pandangan masyarakat terhadap peranan dan budaya guru adalah berbeza-beza. Sesetengah masyarakat amat mementingkan peranan guru dalam bidang akademik dan ada juga sesetengah masyarakat yang mementingkan sahsiah guru dalam pergaulan. Kadang-kadang guru turut menjadi mangsa hinaan masyarakat sekiranya seseorang guru itu tidak dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Terdapat beberapa aspek yang boleh dirujuk sebagai budaya umum guru iaitu peranan, sifat dan ilmu pengetahuan.

Peranan
Guru sememangnya memainkan peranan penting jika dilihat dalam konteks KBSR dan KBSM di negara kita ini. Ada yang rasmi dan ada juga yang tidak rasmi peranan seorang guru itu. Kebiasaannya tugas atau peranan guru di sekolah adalah rasmi. Ini kerana seorang guru itu mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan tertentu. Antara tanggungjawab seorang guru di sekolah ialah:

Sifat
Untuk menjadi seorang guru perlu ada dalam diri guru tersebut sifat-sifat sebagai seorang guru yang baik. Ia mesti memahami Falsafah Pendidikan Negara untuk kesedaran, insaf dan menghayati tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion perguruan, yakin dan mahir mengajar. Guru juga perlu bersifat terbuka dengan murid khususnya dan masyarakat amnya, iaitu bersedia menerima pandangan dari mereka.

Subbudaya
Perbezaan antara konsep “masyarakat” dan “masyarakat kecil” sekolah perlu diketahui untuk menganalisis perhubungan antara budaya dan sekolah. Bila dikatakan masyarakat, semestinya luas dan merangkumi ruang budaya yang besar di dalam dan juga luar sekolah. Masyarakat sekolah boleh dikatakan sebagai komuniti sekolah kerana ianya hanya sebahagian daripada masyarakat yang besar. Oleh sebab itulah budaya sekolah hanyalah sebahagian sahaja dari budaya masyarakat yang luas. Walaupun hanya komunuti yang kecil dibandingkan dengan masyarakat yang luas, komuniti sekolah masih mengamalkan budaya-budaya yang sama dikalangan masyarakat. Walaupun begitu di dalam kelompok komuniti yang kecil itu terdpat juga amalan-amalan budaya yang berbeza dengan budaya masyarakat yang di amalkan oleh komuniti sekolah yang sering berlaku secara tidak formal. Inilah yang dikatakan sebagai subbudaya. Subbudaya yang biasa terjadi ialah penyimpangan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini menganggap sekolah adalah sesuatu perkara yang tidak penting dan mereka bosan terhadap apa yang berlaku dalam komuniti sekolah. Banyak contoh subbudaya dikalangan kumpulan-kumpulan pelajar yang membuat tanggapan bahawa sekolah tidak penting iaitu subbudaya ponteng sekolah, subbudaya lepak, subbudaya black metal dan sebagainya.


1 comments:

Mugmerah said...

cikgu.. saya cari artikel pasal cara mengatasi masalah pelajar yang anti budaya...

http://mugmerah.blogspot.com

follow no 47.. :)

Post a Comment

Entri lain :

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner