:: Profesion Perguruan ::
 
sayacikguhafiz.blogspot.com

Radio dan TV Online

Monday, January 10, 2011

:: Profesion Perguruan ::

PROFESION PERGURUAN

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.
Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.
Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.
Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.
Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.


Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.
Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.
Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.


Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.
Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.
Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.
Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.



Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 
  1. MEMINATI profesion ini.
  2. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
  3. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
  4. Bersifat sabar
  5. Berkeperibadian mulia
  6. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
  7. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

3 comments:

cik mas said...

betul...yang penting minat...kalo x de minat cm ne nak pupuk sifat keguruan 2 kan... semoga kamu bejaya dgn cemerlang. :)

Fairus Bin Mamat said...

Bukan senang nak mengajar budak-budak.. Ilmu perguruan perlu dipelajari terlebih dahulu..

FaraCuna said...

hai cikgu hafiz..sy bakal cikgu :)

Post a Comment

Entri lain :

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner